Sambutan Maulidur Rasul 1436H/2015M
26 Januari 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 25 Januari 2015, sempena sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1436H/2015M, umat Islam di sekitar DUN Linggi telah menyemarakkan lagi sambutan ini dengan perarakan dan berselawat bagi mengingati pengorbanan dan perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dalam menyebarkan agama Islam. Sambutan bagi peringkat DUN Linggi ini telah dianjurkan oleh Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Linggi dan Masjid Jamek Pasir Panjang. Perarakan yang diketuai oleh ADUN Linggi, YB Tuan Haji Abd.Rahman Bin Mohd Redza ini turut melibatkan kira-kira 20 buah kontinjen yang terdiri dari 12 kampung, agensi kerajaan, institut pengajian tinggi, persatuan dan pelajar PLKN. Mereka mula berkumpul di Padang SMK Pasir Panjang sewal 8.00 pagi dan berarak ke Masjid Jamek Pasir Panjang yang jauhnya kira-kira 1km. Sebaik tiba di Masjid Jamek Pasir Panjang, majlis disempurnakan lagi dengan Solat Sunat Dhuha & Solat Hajat dan beberapa acara lain seperti ceramah dari Timbalan Mufti Negeri Sembilan, persembahan nasyid,dan persembahan bercerita sirah nabi, majlis berakhir pada pukul 1.00 tengahari . Pusat Ekonomi Digital Linggi turut terlibat secara lansung sebagai urusetia dalam membantu menjayakan majlis ini. Ini adalah sebagai salah satu inisiatif untuk merapatkan silaturrahim dengan berkhidmat bersama komuniti dalam pelbagai program terutama dalam acara keagamaan seperti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: